Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Being alone - an autism story

Just want to share with you all this story.

It was forwarded to me from an autism chat group two days ago



Azman Aziz

We are alone.

Pagi tadi nak check passport valid sampai bila, kadang terlupa so check lah. Terkeluar kad OKU Afwan Ali. Kad ini dibuat pada umur dia 6 tahun sebab nak register PPKI. Teringat kisah last year when we wanted to change the card pada yang baru. Yang baru tu ada English translation, kalau ke luar negara, boleh lah guna. Kami pergilah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kat Bangunan Darul Ensan, Shah Alam. Sampai sana, pegawai sana kata tak boleh nak tukar kad baru sebab ada system baru so Afwan Ali nya rekod tak ada. Kalau nak buat, kena pergi dapatkan pengesahan doctor semula. We argued and that was the last time jejak kaki kat situ. I can understand if dia kata this card is fake kena buat baru. Or the evaluation done from different state or country now they need the local doctor to verify. Tapi pasal tukar system, kita pulak yang kena buat the whole proses, to me tak menolong langsung lah.

The thing is, Afwan Ali ni memang ada fobia tengok hospital dan doctor. Macam-macam test dia kena masa kat hospital. MRI machine pun dia dah masuk. ECG test pun ada wire punuh keliling badan, macam-macam lagi. Itu dulu masa dia 4-6 years old, kita masih boleh paksa dengan dukung. But now, he is a big strong boy. If he refused, memang tak adalah dapat jumpa doctor for pengesahan. So, kami tak dapat nak buat kad baru.

Ada orang yang bertanya saya tak ada ke involve in any parents support group ke tau apa-apa organisation Autism ni? Seriously memang tak minat sebab to me semua bukan genuine ikhlas dalam usaha. My experience say so. It is just us, and us alone yang betul-betul care about our children. Nak buat kad pun tak ada timbang rasa. Yang geram tu salah satu alasan yang diberi adalah, “Mungkin anak encik sudah kini dah pulih”. Autism pulih? I would rather they cakap,... Maaf Encik, kami tidak sudi menolong. I am happy. Dah 20 tahun pun memang tak ada siapa menolong. Isteri kata, tak pa, mungkin dia tak tahu pasal autism. Excuse me, he is in Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk OKU, tak tahu...ambil tahu, belajar, dah job requirement. I am aware sometimes ada talk kat MHI lah WHI pasal autism, I am not interest to see pasal all those are only talks and talking to fill in slots. There are no serious effort to help.

That is why when Heathrow airport buat initiative assistance for autistic passengers, I am impressed. I do not see Malaysia Airports Berhad will look into this and implement it. Because no profit. Just additional cost to employ people. Allah warned about this in Surah Al Takaathur 102 Ayat 1: The mutual rivalry for piling up (the good things of this world) diverts you (from the more serious things).
Nowadays, if something is not profitable financially, welfare take a back seat.

Parents, jangan sedih atau kecewa bila kurang dapat bantuan. Ingatlah, it is their lost not us. Kita tak rugi apa-apa. Masa di JKM tu marah lah, tapi bila balek rumah, tengok Afwan Ali hilang rasa marah atau kecewa. Pegawai itu telah lepas satu peluang ibadah besar dalam membantu kami. Bila ada rujukan, pasti file ada, perlu carikan semula, key in semula data nya, boleh dapat kad. Bukan nak minta elaun apa pun. Inshaa Allah rezeki Afwan Ali ada Allah susunkan. Saya maafkan dia. Saya tidak akan lagi jejak ke Jabatan tersebut kerana saya tidak mahu mereka disana berdosa lagi dengan menghampakan kami. Saya tidak akan ke NASOM lagi kerana mereka telah menolak Afwan Ali. Saya tak berminat hendak menyertai apa-apa organisasi kerana terlalu banyak politik nya. Saya tidak ingin untuk masuk TV untuk mereka dapat rating tinggi. I just want to write a book so that many can learn from my experience and plan better for their children. No need to pay me, just need your doa.

We are happy as we are now. I will not stop trying to help my son the best way I think. We all should. Jangan terlampau harapkan orang lain. Mungkin kita kecewa, kekecewaan adalah musuh utama kita. Kekecewaan boleh bring you down. Getting back up may take time that can best used for our special children. Try avoid kekecewaan then life is easier. My advise, jangan risau jangan bimbang tentang dugaan ini semua. There will come a day when we will feel, it is worth all the hardship. Walau anak tak boleh cakap sampai besar, kita akan bersyukur sangat-sangat di anugerahkan anak istimewa ini. Just love them as they are, learn to love them as they are, miracle will happen. Allah pun minta kita buat itu aje, sayangi mereka.

Ok...sebelum melalut panjang dan ada yang bagi komen suruh buat buku je. better stop now.

Have a nice day all.

Post a Comment

0 Comments